Wednesday, October 13, 2010

Hari-hari Yang Busy...

Salam, dah dekat seminggu tak menjengah kat sini..Busy dengan tugasan harian, weekend dengan kenduri cousin..10/10/10...wahhh!!cantik kan date tu..date tu jugala soalan cepu mas telah diajukan kepada saya..dalam hati cuma boleh menjawab (tettttttt!!!!next question please.......)hari itu jugala menandakan smua sepupu saya yang sebaya telah menamatkan zaman bujang...i bila lagi??

Dalam busy2 sempat gak curi masa jahit baju bonda tercinta..tak sabar dia nak pakai baju hasil tangan puteri tunggal dia yang ntahpapentah..hahahhaha...percubaan menjahit baju orang lain..At First just jahit simple manik tocang kat baju bonda ni..tapi demand la plak...tak nak yang simple....nak yang ada 'bunga2' katanya..So,buat jela kan...nanti dah siap sepenuhnya saya upload...skang tgh busy lagi..tak sempat nak siapkan..


Before that,saya ada jahit baju tuk besfren saya..yang ni saya hadiahkan tuk dia sempena i'm a beginner in this hobby....TADDDAAAAA...Baju ni khas untuk wani..sorry la geng..kalau tak cantik...hopefully ko suka...ni jahitan saya sebelm pegi kelas....banyak kene improve...

Tak banyak dapat upload gambar...internet too slow..mata pun dah ngantuk..nextime i'll be continued..
Assalam...

Monday, October 4, 2010

BASIC TOOLS..

Nak mulakan sesuatu perkara tu mestila ada perkara2 asas yang perlu disediakan...Sama gak macam saya yang baru menceburi hobi ni...sebelum ni nak jumpa jarum kat rumah pun susah..nak guna baru la carik kat kedai..

Gambar diatas tools yang memula saya beli nak start menikam manik ni...antaranya:
1) Cutter
2) Beads n Sequine
3) Benang
4) Erasable Pen

Lagi satu yang penting mestila ada kain kan..kalau tak nak jait manik tu kat tangan sendiri ker??

Pertama sekali mestila cuba kat baju sendiri kan...tak confident lagi nak jahit kat baju orang lain..lagila tak de ilmu di dada..ni namanya TEKNIK CUBA JAYA..teknik ini dipopularkan oleh guru2 matematik di sekolah2 n kolej2..
(Ini antara jahitan pertama yang dihasilkan tanpa berguru...kita akan lihat hasil selepas berguru ya..)

Sebenarnya banyak teknik yang perlu diketahui untuk menghasilkan jahitan manik yang kemas,cantik,dan menyerlah.Padanan warna manik juga penting untuk menaikkan seri busana . Hasil tangan saya ni tak la cantik mana pun...banyak kesilapan berlaku disitu...kata TEKNIK CUBA JAYA..

26/09/2010~~saya nekad nak tuntut ilmu dengan Imass Senijahitan. Dah lama berhasrat tapi asyik tak berkesempatan je..Kelas di buat di Chow Kit...jauh tu,dari Klang ke Chow Kit.Nasib la ada driver n family nk beraya sekali kat umah pakcik kat Kampung Baru..

8.30am to 6.00pm...nak tercabut segala mala urat ni duk mengadap manik..tapi sangat enjoy sampai nak amik gambar pun tak sempat..cikgu cakap ada satu teknik ni sambil kentut pun bleh buat..tapi aku nk terkentut pun tak sempat nak siapkan 20 teknik tu...cramp tangan n pinggang...excited nak blaja punya pasal..




Antara 20 teknik yang telah dipelajari...kene baiki lagi...banyak yang terpeleot time buat ni..tak cantik mana pun..dah la tak cukup masa nak siapkan smua..nampak tak yang rongak2 tu...tak sempat nak siapkan..

Insyaallah,jika ada masa saya letak lagi gambar2 yang dah saya tikam kat baju kawan2 n bunda tercinta..

MELANGKAH KE DUNIA BARU....

Ini adalah first trial saya memblogging...Orang lain ada blog..saya pun nak buat blog juga..tapi more to share my passion on beads..dan juga selitan cerita2 lain la kot..

Macamana la saya boleh terjebak dengan dunia baru ni....??saya pun tak tau..yang penting saya suka sangat tgk baju2 yang ditikam dengan manik n labuci...walaupun tangan ni rasa macam agak keras,saya nak juga try belajar macamana nak buat benda2 yang cantik sangat ni..lepas try buat,mestila nak share dengan orang lain kan..so,di situ la mulanya keinginan nak buat blog ni...tarraaaa....LAILYSLENDID muncul..

(Ni anak....anak buah kesayangan ok...saya sayang smua anak buah saya yang seramai 11 orang-one of kekasih hati Qaseh Aleesya bt Amirullah)

Ni cuma cubaann..so takleh panjang2...next entry I put some of related with my passion....