Monday, October 4, 2010

BASIC TOOLS..

Nak mulakan sesuatu perkara tu mestila ada perkara2 asas yang perlu disediakan...Sama gak macam saya yang baru menceburi hobi ni...sebelum ni nak jumpa jarum kat rumah pun susah..nak guna baru la carik kat kedai..

Gambar diatas tools yang memula saya beli nak start menikam manik ni...antaranya:
1) Cutter
2) Beads n Sequine
3) Benang
4) Erasable Pen

Lagi satu yang penting mestila ada kain kan..kalau tak nak jait manik tu kat tangan sendiri ker??

Pertama sekali mestila cuba kat baju sendiri kan...tak confident lagi nak jahit kat baju orang lain..lagila tak de ilmu di dada..ni namanya TEKNIK CUBA JAYA..teknik ini dipopularkan oleh guru2 matematik di sekolah2 n kolej2..
(Ini antara jahitan pertama yang dihasilkan tanpa berguru...kita akan lihat hasil selepas berguru ya..)

Sebenarnya banyak teknik yang perlu diketahui untuk menghasilkan jahitan manik yang kemas,cantik,dan menyerlah.Padanan warna manik juga penting untuk menaikkan seri busana . Hasil tangan saya ni tak la cantik mana pun...banyak kesilapan berlaku disitu...kata TEKNIK CUBA JAYA..

26/09/2010~~saya nekad nak tuntut ilmu dengan Imass Senijahitan. Dah lama berhasrat tapi asyik tak berkesempatan je..Kelas di buat di Chow Kit...jauh tu,dari Klang ke Chow Kit.Nasib la ada driver n family nk beraya sekali kat umah pakcik kat Kampung Baru..

8.30am to 6.00pm...nak tercabut segala mala urat ni duk mengadap manik..tapi sangat enjoy sampai nak amik gambar pun tak sempat..cikgu cakap ada satu teknik ni sambil kentut pun bleh buat..tapi aku nk terkentut pun tak sempat nak siapkan 20 teknik tu...cramp tangan n pinggang...excited nak blaja punya pasal..




Antara 20 teknik yang telah dipelajari...kene baiki lagi...banyak yang terpeleot time buat ni..tak cantik mana pun..dah la tak cukup masa nak siapkan smua..nampak tak yang rongak2 tu...tak sempat nak siapkan..

Insyaallah,jika ada masa saya letak lagi gambar2 yang dah saya tikam kat baju kawan2 n bunda tercinta..

2 comments:

  1. best! from hobby you can gain money. yeay!

    ReplyDelete
  2. that why la athi i try to improve my skill to fulfill market demand..hehehe...hopefully so..

    ReplyDelete